Sunday, 17 January 2016

Mentor Milenia is simply a joke?

Syok sendiri.
Tidak professional.
Keliru dengan objektif rancangan.

Ini adalah tiga perkara yang bermain di dalam pemikiran saya sepanjang menonton Mentor Milenia konsert pengenalan kedua pada malam tadi. Sungguh kecewa memikirkan nasib peserta yang seolah-olah menjadi objek sampingan pertandingan tersebut apabila mentor, pengacara, dan penaja yang melebih-lebih. Sedih memikirkan mutu produksi yang mengendalikan rancangan ini kerana mereka seakan tiada panduan dalam mengendalikan program. Persoalan saya disini, adakah rancangan mentor ini hanyalah satu bahan jenaka dan bukanlah ikhlas mahu mencari bakat baru dalam bidang nyanyian?

Sejujurnya saya merupakan seorang yang gemar menonton rancangan realiti tv, pencarian bakat nyanyian sama ada lokal, mahupun dari luar negara. Rancangan-rancangan seperti American Idol, The X Factor, The Voice, Britain's Got Talent adalah merupakan antara rancangan kegemaran saya. Di Malaysia, rancangan seperti Akademi Fantasia dan One in a Million juga saya tonton dan dapati rancangan-rancangan ini mempunyai standard mereka yang tersendiri dan professional dalam pengendaliannya.



     

Mentor pula, hmmm... jauh panggang daripada api dan ianya pada pendapat saya merupakan satu rancangan realiti tv yang paling buruk pengendaliannya yang pernah saya tonton.

Pertama sekali, mari kita berbincang mengenai objektif utama rancangan sebegini dianjurkan di mana seingat saya ia adalah merupakan satu rancangan realiti tv pencarian bakat nyanyian. Apabila bercakap mengenai bakat, itu adalah sepatutnya menjadi fokus utama tenaga produksi untuk disiarkan kepada penonton dan bukannya lawak jenaka hambar pengacara dan aksi kebudak-budakan mentor. Apabila bercakap mengenai rancangan yang mengenengahkan bakat, seharusnya running time lebih kepada nyanyian para perserta. Cubalah bayangkan 30 minit pertama rancangan ini bermula  seorang peserta belum pun lagi memulakan persembahan. Jadi, adakah ini benar-benar rancangan pencarian bakat?

Sekiranya anda pernah menonton rancangan realiti seperti yang ada saya sebutkan di atas, pastinya anda tahu mereka tidak melengah-lengahkan rancangan dengan gimik, gelak tawa dan aksi bodoh sesetengah pihak kerana mereka tahu, penonton buka tv, tunggu rancangan itu untuk menonton peserta membuat persembahan. Mereka mahu saksikan penyanyi pelapis, mereka mahu tahu siapa mereka ingin undi, mereka ingin tahu, album siapa mereka akan beli pada masa akan datang. Mereka bukan buka tv untuk melihat mentor terkinja-kinja kesana-sini. Ambil contoh The Voice, tak sampai 10 minit memulakan rancangan terus peserta pertama memulakan persembahan. Ini barulah dikatan mencapai objektif utama rancangan. 

Sekiranya program itu adalah program pencarian bakat nyanyian, ketengahkanlah bakat nyanyian. sekiranya penonton ingin saksikan program lawak jenaka, pastinya ada pilihan lain buat mereka dan jangan campur adukkan program nyanyian dengan lawak jenaka (especially lawak bodoh hambar pengacara atau mentor) yang berlebihan. Lawak yang sedikit boleh diterima tapi jangan melebih-lebih sebab ianya akan buatkan orang rasa bosan dan menyampah (less is more)

Kedua, mari kita bincangkan pula tugas seorang pengacara. Sebenarnya saya cukup keliru dengan ideologi yang cuba disampaikan produksi mana-mana rancangan di Malaysia. Apabila bercakap mengenai pengacaraan, boleh dikatakan semua program mementingkan pengacara yang pak lawak. Dalam erti kata lain, pengacara itu harus kelakar; tak kisah sekiranya dia pandai mengacara ataupun tidak; pandai bercakap ataupun tidak; pandai mengendalikan program mengikut masa ataupun tidak; boleh bertutur dengan jelas ataupun tidak; janji dia kelakar! Ianya adalah satu mindset yang cukup menyedihkan.

     

     

Saya cukup kagumi lima personaliti diatas ini. Mereka saya lihat cukup profesional dalam mengendalikan program. Sebagai pengacara, mereka adalah orang yang mengawal dan menggerakkan sesebuah program itu. Apabila mereka memegang mikrofon dan kamera dihalakan kearah mereka, mereka tahu apa yang perlu dikatan dan bukan tersasul sana sini. Mereka juga tahu apabila mereka keudara, mereka tidak perlu membuat lawak setiap masa. Mereka juga tahu program yang mereka acarakan itu bertujuan untuk mempersembahkan bakat peserta, justeru the star of the show are the contestants and not them. Jadi, mereka bukan berada di tempat yang sesuai untuk overshadow mana-mana pihak.

Pengacara mentor pula, saya tidak mahu menafikan kebolehan mereka dalam mengacara, cuma satu persoalan saya, adakah memang perlu bagi mereka membuat lawak setiap kali mereka bercakap di mikrofon. Sekali lagi, less is more. Kurang jenaka daripada anda bukan membuatkan penonton bosan dengan rancangan ini. Penonton tengok rancangan ini bukan untuk tengok korang pun, just know your standard and assist the production, please.

Ketiga, ayuh kita berbicara mengenai 'tempat' para mentor pula. Sepanjang dua konsert pengenalan ini, aku memang perhati je perangai setiap mentor dan kata-kata yang keluar daripada mulut mereka. Ada je mentor yang baik sopan tapi adalah juga sorang dua yang nampak sangat liar dan berlagak. Yes, mereka mungkin masih muda untuk menjadi mentor dan adalah tidak adil untuk meminta mereka untuk tidak menjadi diri sendiri, namun sebagai mentor mereka juga perlu sedar bahawa di dalam program ini mereka adalah 'golongan kenamaan' dan seharusnya menjaga tingkah laku dan berperilaku sopan dan beradab. The show is all about your contestant and not you. Korang dah cukup terkenal. Apa kata, beri peluang kepada peserta anda untuk menyerlah dan menonjolkan personaliti masing-masing. After all, anda mahu penonton mengundi protege anda sendiri bukan?


Sekali lagi, ambil contoh empat orang coaches di atas, mereka adalah mentor kepada protege masing-masing. Sepanjang live show, adakah mereka terkinja-kinja melebih-lebih antara satu sama lain? tidak! Adakah mereka cuba overshadow peserta mereka? tidak! Mereka tahu program ini dibuat untuk mengetengahkan protege mereka dan mereka mahu penonton di rumah dapat lihat bakat dan kebolehan protege mereka. Apabila tiba peluang mereka untuk memberi komen, mereka memberikan komen positif tidak kira kepada protege sendiri mahupun protege orang lain dan seterusnya meminta penonton dirumah untuk mengundi protege mereka. Mereka orang barat lebih sopan dan teratur tingkah laku mereka berbanding mentor-mentor dalam rancangan kita yang semuanya orang timur (orang melayu? ermm...)

Perkara keempat dan terakhir yang boleh saya katakan disini ialah berkaitan penajaan. Saya tidak nafikan bahawa dalam pembikinan sesebuah rancangan, penaja memainkan peranan penting dan apabila sudah ditaja, penaja mempunyai kuasanya yang tersendiri mengikut kontrak penajaan. Tiada apa yang ingin saya nafikan dan ulaskan perihal penaja rancangan Mentor Milenia ini walaupun ramai yang mengecam Datuk tersebut. Ini kerana pada pendapat saya, ianya adalah hak dia sebagai seorang penaja.

Walaubagaimanapun apa yang boleh saya komenkan disini ialah tugas seorang produser yang mengendalikan rancangan ini sendiri perlulah mempunyai visi untuk menjadikan rancangan ini sebagai satu jenama yang tersendiri. Penjenamaan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan apabila program ini mampu menjana pendapatan sendiri, andakah anda terus memerlukan penaja? jawapannya pastilah tidak. Masalahnya disini apabila tenaga produksi yang membikin program hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Mungkin mendapat arahan daripada pihak atasan mereka hanya menjalankan tugas sambil lewa. Habis program untuk tahun ini, tahun depan kita buat musin baru. Tiada kemajuan, sudah bermusim-musim begitu sahaja. Tiada pendapatan dijana, dan artis yang berjaya daripada program yang dah bertahun dibuat ini pun ada dalam seorang dua sahaja. Jadi masalahnya ialah tiada visi dan matlamat untuk jadi program realiti tv yang terbaik di Malaysia.

Akhir kata, banyak lagi yang perlu dipelajari oleh tenaga produksi Mentor Milenia. Anda juga perlu berpegang kepada prinsip sentiasa ingin mahukan kemajuan dan meraih pencapaian yang lebih tinggi. Anda sendiri tahu bagaimana pencapaian itu boleh diraih dalam dunia penyiaran. Selain itu, jangan anggap komen penonton dan peminat seperti ini tiada nilainya; jangan persoalkan "kau siapa nak bagi komen macam ni? Kau bukan tahu apa-apa!" ini kerana, kami yang menonton dan sedikit sebanyak kami mahu menonton program yang terbaik. The fact that we watch your program shows that we care. Justeru, dengarlah suara dan pendapat kami ini. 

Sebagai media, anda merupakan cerminan mentaliti masyarakat kita kepada dunia. Kita tidak tahu siapa yang memandang tetapi, jika anda hasilkan program yang baik, pastinya mereka akan berpendapat, bagus orang Malaysia buat rancangan.

Rugikah anda jika anda hasilkan program yang baik dan bermutu?

0 comments:

Post a Comment