Friday, 15 January 2016

Cacat

Adakah anda sedar bahawa sesetengah manusia yang lahir di muka bumi ini tidak bernasib baik seperti kita? Tidak seperti kita yang lahir sempurna tubuh badan, mereka mungkin mempunyai mata namun tidak mampu melihat; mereka mempunyai telinga namun tidak mampu mendengar; mereka mempunya mulut namun tidak mampu berkata-kata; mereka mempunya kaki namun tidak mampu berjalan.

Ini semua adalah jenis-jenis kecacatan yang kita nampak dan sememangnya kita sedari. Kita juga mungkin sanggup melakukan sedaya mungkin untuk membantu mereka apabila berhadapan dengan golongan ini.


Walaubagaimanapun, adakah kita juga sedar bahawa ada satu lagi golongan 'istimewa' yang juga memerlukan perhatian daripada kita. Golongan ini, tidak seperti yang lain, kita sering pandang hina dan jijik. Lebih mudah bagi kita untuk menganggap mereka adalah pendosa berbanding golongan 'istimewa' yang memerlukan bantuan dan bimbingan daripada kita yang lebih bernasib baik. 

Jika anda masih tertanya-tanya, golongan yang saya maksudkan ialah mereka yang tergolong didalam kelompok LGBT.


Kenapa mereka juga sepatutnya dianggap sebagai 'istimewa' atau 'cacat'? Jawapannya cukup mudah andainya kita perluaskan sedikit definisi cacat itu sendiri. 

Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, 'cacat' diertikan sebagai kekuragan atau keadaan kurang sempurna pada badan, benda, perbuatan, akhlak, batin, dll. Dalam erti kata lain, cacat adalah situasi dimana seseorang berada didalam keadaan tidak normal. 

Normal pula bergantung bergantung kepada keadaan. Ianya adalah normal jika seseorang mempunyai mata dan boleh melihat. Justeru adalah tidak normal sekiranya seseorang itu mempunyai mata namun tidak mampu melihat. Oleh yang sedemikian mereka ini kita gelar sebagai cacat penglihatan.

Situasi yang sama juga kita boleh pakai kepada golongan LGBT. Ianya adalah normal untuk seorang lelaki tertarik secara seksual kepada wanita dan sebaliknya. Justeru adalah tidak normal sekiranya seorang lelaki tertarik secara seksual kepada lelaki yang lain. Oleh yang sedemikian, bukankah kekurangan ini patut kita letakkan sebagai satu bentuk kecacatan juga? Cacat seksualiti.


Persoalan seterusnya mengapa ianya penting bagi kita meletakkan golongan LGBT ini sebagai golongan 'isitimewa'? Jawapannya adalah pada kesan dan tindakan kita terhadap mereka. 

Apa yang akan kita lakukan apabila berhadapan dengan seorang pakcik buta yang mahu melintas jalan? Pastinya kita akan pergi membantu memimpin pakcik tersebut untuk melintas. Sama juga seperti situasi apabila kita berhadapan dengan golongan LGBT ini. Sekiranya kita terlalu meghakimi mereka dan terus menganggap mereka sebagai golongan sesat, kaum Nabi Lut dan sebagainya, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun mereka.

Walaubagaimanapun, sekiranya kita menganggap mereka sebagai golongan 'istimewa', kita akan lebih bersikap terbuka dan kita akan lebih berasa untuk membantu mereka berbanding menghakimi mereka. Ianya mungkin satu bentuk ujian Allah S.W.T. kepada mereka untuk melawan nafsu songsang dan mungkin juga ujian bagi kita yang normal untuk membantu mereka.

Konklusi bagi apa yang saya cuba sampaikan disini ialah, pertama kita perlu bersyukur bahawa kita dilahirkan sempurna dari segi tubuh badan serta seksualiti. Kedua kita perlu sedar bahawa tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Ketiga, kita perlu gunakan kelebihan yang diberikan ini untuk membantu mereka yang memerlukan. Dalam melakukan tugas tersebut kita perlu sedar bahawa ada sesetengah golongan sebenarnya termasuk dalam golongan yang memerlukan. Kita sering terlepas pandang mereka ini oleh kerana sikap skeptikal yang ada dalam diri kita.

0 comments:

Post a Comment