Tuesday, 3 June 2014

Movie Review : Maleficent


Salah satu perkara yang menarik mengenai filem ini, ia menjadikan watak 'jahat' sebagai watak utama atau penggerak cerita. Mungkin kebanyakan orang tahu cerita klasik Sleeping Beauty (1959). Filem kali ini mempersembahkan pula penceritaan kisah Aurora atau Sleeping Beauty dari sudut pandangan watak Maleficent pula.

Oleh kerana ianya merupakan adaptasi dari kisah Sleeping Beauty, plot cerita sememangnya sudah dapat dijangka (tambahan pula, ini adalah filem dari Disney Pictures).


Walaubagaimanapun, filem ini tetap mempunyai merit yang tersendiri atas beberapa perkara. Pertama, penonton boleh melihat kisah Sleeping Beauty daripada sudut yang berbeza kerana watak jahat dijadikan watak utama. Justeru, nilai yang boleh diambil daripada perubahan yang dilakukan disini ialah, kita boleh lihat bagaimana seseorang yang jahat itu mula menjadi jahat; kadang kala kita tidak sedar bahawa perlakuan kita sendiri sebenarnya yang menjadi punca seseorang yang baik itu berubah hati menjadi jahat. Kita boleh tanya setiap orang jahat, penjenayah, banduan di penjara dan sebagainya, pasti ada sebab mengapa mereka berbuat jahat. Takkan lahir sahaja mereka di dunia ini, mereka terus cakap "aku nak mencuri, membunuh dsb". Justeru melalui filem ini, kita boleh belajar beberapa perkara dan mengenal diri seseorang sebelum judge mereka. Apa yang saya boleh belajar pula ialah, ada cara lain dalam mengadaptasi sesebuah penceritaan dan ianya tidak semestinya dibawa dan mengenai watak baik semata mata.


Kedua, kita boleh lihat bagaimana Disney Pictures cuba lari daripada pandangan skeptikal umum khususnya mengenai jalan cerita filemnya. Biasanya kalau disebut sahaja filem klasik disney, mesti akan ada watak puteri yang cantik, diselamatkan oleh putera raja yang kacak, adanya elemen true love kiss dan sebagainya. Dalam Maleficent ini pula, kesemua elem ini tetap ada tetapi ianya telah diminimakan (nama filem pun Maleficent dan bukannya Sleeping Beauty). Ringkasnya, filem ini menampakkan kelainan yang ditonjolkan daripada Disney yang selalunya memaparkan sebuah filem berunsur baik vs jahat.

Ketiga, pembawaan watak Maleficent oleh Angelina Jolie boleh dikatakan adalah cukup sempurna. Sejujurnya, rata-rata peminat filem menganggap tiada pelakon lain yang boleh membawa watak ini sebaiknya. Oleh yang sedemikian, semasa menonton, sedikit sebanyak, penonton boleh relate watak Maleficent ini dengan watak original dalam filem animasi Sleeping Beauty terdahulu.


Seterusnya, props yang digunakan dalam filem ini juga kita boleh lihat menampakkan cubaan daripada produksi untuk mengikut filem animasi asal sehampir yang boleh. Sebagai contoh baju dan props yang digunakan oleh Maleficent dan beberapa props yang lain dibuat sebolehnya hampir sama dengan watak originalnya di dalam filem animasi terdahulu. Justeru, dalam pada mereka cuba menghasilkan plot yang sedikit berbeza, elemen penting dan props2 dalam filem ini tetap dikekalkan.

Walaubagaimanapun, bagi pendapat saya terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dinafikan daripada filem Maleficent ini. Pertamanya walaupun kita nampak produksi cuba lari daripada pandangan skpetikal umum mengenai filem daripada disney, namun mereka tetap tidak boleh lari daripada unsur skpetikal daripada filem 'Disney baru'. Apa yang saya maksudkan ialah seperti contoh mengenai elemen "true loves kiss", oleh kerana beberapa filem baru Disney sebelum ini seperti Frozen memaparkan true loves kiss tidak semestinya antara seorang jejaka dan wanita, ianya juga boleh berunsur kekeluargaan dan sebagainya, penonton boleh mengagak perkara yang sama berlaku dalam filem ini juga. Ini mungkin disebabkan jarak tayangan kedua-dua filem ini agak hampir. Unsur cliche dan penonton tahu plot twist dalam sesebuah filem boleh mendatangkan spoilt yang besar.


Rating - 7/10

 

0 comments:

Post a Comment