Pernah ataupun tidak, kita merasakan bahawa semua orang sentiasa memandang diri kita?
Pernah ataupun tidak, kita merasakan kita tidak medapat perhatian sepenuhnya daripada orang sekeliling kita?
Pernah ataupun tidak kita merasakan semua orang sukakan kita, atau bencikan kita ataupun sentiasa ingin mengikuti perkembangan diri kita?
Pernah ataupun tidak, kita merasakan "we deserve more" daripada apa yang kita ada sekarang?
Ada banyak alasan yang boleh digunapakai oleh seorang kaunselor apabila memberi nasihat kepada mereka yang mengahadapi masalah seperti yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh dari perspektif agama, 'semua yang berlaku pasti ada hikmahnya', dari sudut psikologi pula, seseorang itu mungkin mempunyai masalah "personality disorder" dan sebagainya. Walaubagaimanapun ada satu lagi alasan yang boleh digunapakai mengikut prinsip "human nature" iaitu Sindrom Watak Utama.
Secara ringkasnya Sindrom Watak Utama ini didefinisikan sebagai sejenis keadaan apabila seseorang itu merasakan seolah-olah dia ditakdirkan untuk menjadi watak utama berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya sama seperti yang dilihat dalam cerita-cerita fiksyen.
Sebagai contoh, Harry Potter adalah watak utama dalam filem Harry Potter, Luke Skywalker adalah watak utama dalam filem Star Wars dan Katniss Everdeen adalah watak utama dalam Hunger Games. Apabila kita menonton filem-filem ini, kebarangkalian yang tinggi adalah kita akan relate diri kita dengan watak utama. Kerana apa? Kerana adalah menjadi satu aturan dalam filem bahawa watak utama perlu diberi fokus yang lebih berbanding watk-watak lain. Justeru, apabila menonton filem Harry Potter, kita lebih relate dengan watak Harry Potter berbanding Neville Longbottom ataupun Freddy Weasly.
Sekarang, cuba pula kita lihat dalam realiti hidup kita sendiri. Adalah human nature di mana kita adalah watak utama dalam diri kita. Ini adalah kerana, apabila diambil kira siapa yang paling kita kenal dalam hidup kita? jawapannya adalah diri kita sendiri. Sama seperti filem, dalam hidup kita, diri kita sendiri mendapat fokus yang lebih berbanding diri orang lain sama ada ibu bapa kita, adik-beradik, rakan-rakan mahupun kekasih. Begitu jugalah dengan orang lain, bagi diri mereka, mereka adalah watak utama dalam perjalanan hidup mereka.
Apa yang cuba disampaikan disini ialah, sekiranya realiti hidup kita ini adalah merupakan satu plot cerita fiksyen, diri kita pastinya merupakan watak utama (by default). Oleh yang sedemikian, apabila kita mengambil setiap keputusan, kepentingan diri sendiri adalah salah satu faktor penting yang perlu diambil kira. Sebagai watak utama, kita perlu mendapat yang terbaik, sebagai watak utama, kita perlu mendapat perhatian yang lebih. Realitiya, tidak ada orang yang mahu menonton filem di mana, watak utama filem tersebut mati pada 10 minit pertama.
Sebenarnya Sindrom Watak Utama atau Main Character Syndrome ini bukanlah suatu perkara baru ataupun asing. Ini adalah kerana, boleh dikatakan semua orang mempunyai sindrom ini dan apa yang membezakan setiap individu itu ialah dari segi kuat ataupun lemah sindrom ini dalam diri mereka.
Bukanlah salah mahupun berdosa bagi kita yang mempunyai masalah sebegini, kerana seperti yang telah dinyatakan semua orang by default dilahirkan dengan sindrom ini dan adalah sukar untuk kita lari daripada perasaan sebegini. Adalah agak mustahil untuk seseorang itu untuk tidak mempunyai masalah sebegini melainkan seseorang itu mempunyai sikap yang totally selfless seperti memberi semua hartanya kepada orang miskin, memberi semua makanannya kepada orang fakir yang kelaparan dan sebagainya. Pendek kata, tidak wujud orang sebegini.
Walaubagaimanapun, sememangnya wujud orang yang mempunyai sindrom ini pada tahap tertinggi dan kita boleh lihat pada diri orang-orang yang mementngkan diri sendiri ataupun selfish. Golongan sebegini, tidak peduli kepada masalah ataupun segala apa yang dihadapi disekelilingnya dan hanya fokus kepada hidupnya sahaja.
Konklusinya, semua orang pastinya mempunyai masalah sindrom watak utama. Oleh yang sedemikian, kita perlu sedar bahawa bagi setiap individu, diri mereka adalah lebih penting berbanding diri orang lain. Apa yang penting, ialah kita perlu bijak mengimbangi perkara ini; jangan jadi seseoran yang selfish kerana tiada orang akan sukakan kita dan jangan pula jadi totally selfless (walaupun ianya baik) kerana kita mungkin akan melepaskan peluang yang baik bagi diri kita sendiri.
0 comments:
Post a Comment