Friday, 6 June 2014

Movie Review : Edge of Tomorrow


This is one of the most epic film I've ever watch this year. Daripada trailer dan poster filem ini sendiri mungkin penonton sudah boleh mengagak filem ini berkisar tentang peperangan antara manusia dan alien; dan bila watak utama mati, perkara sama berulang (live, die, repeat).

Apa yang menarik mengenai filem ini ialah, walaupun kita tahu konsep filem ini daripada trailer dan poster, gambaran keseluruhan mengenai jalan ceritanya masih lagi kabur. Sebagai contoh, penonton tidak tahu siapa musuh dan kekuatan mereka, apa yang berlaku yang menyebabkan watak utama boleh reset semula masa. Oleh yang sedemikian, dalam pada menonton filem ini, kita tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Memang cukup puas lah bila kita tengok sesebuah filem tanpa apa-apa expectation dan filem tu sebenarnya best. Apa yang menunjukkan kita enjoy tengok filem tu, bila kita terbawak-bawak cerita tu dalam real life kita sendiri. Bagi aku filem ni memenuhi kesemua elemen-elemen ini.

Bahayanya menghasilkan filem yang berkonsepkan sebegini ialah, dari sudut jalan ceritanya akan ada potensi yang tinggi untuk sesetengah scene yang sama diulang beberapa kali dan hal sebegini akan membuatkan pononton berasa bosan dan tidak berminat untuk menonton scene tersebut. Walaubagaimanapun, menerusi filem ini, sememangnya banyak scene yang diulang tetapi ianya tidak langsung menampakkan unsur repetitive dan sentiasa ada kelainan dalam setiap sudut ditambah dengan unsur humor yang membuatkan penonton lebih terhibur dan tidak lari daripada jalan cerita.

Perkara kedua yang membuatkan filem ini menarik ialah, ianya penuh dengan aksi dan tidak seperti sesetengah filem yang menggelar diri mereka sebagai filem aksi tetapi sebenarnya dipenuhi dengan unsur-unsur lain seperti drama, cinta dan sebagainya. Walaubagaimanapun, unsur-unsur seperti drama, cinta, misteri, friendship juga ada dalam filem ini yang membuatkannya lebih bermakna. Daripada jalan ceritanya, penonton turut sama tertanya-tanya dan bergerak sama dengan perkembangan cerita apabila watak utama Major Cage mula sebagai seorang anggota tentera yang berada dalam non-war unit dan kemudiannya terpaksa menyertai satu peperangan dan misteri bagaimana dia boleh reset semula hari tersebut sejurus selepas dia mati dan seterusnya bagaimana dia membantu memenangi peperangan tersebut. Boleh dikatakan tiada satu scene pun yang membuatkan penonton bosan dengan jalan cerita filem ini.

Rating - 9/10

0 comments:

Post a Comment