Teringat semasa di tingkatan 5 dahulu, guru Bahasa Inggeris saya ada bertanya:
Do you think, hatred is the worst feeling?
Jadi, saya dan kebanyakan rakan sekelas berpendapat, ya. Sememangnya perasaan dibenci adalah satu perasaan yang paling teruk sekali. Cuba bayangkan, bila kita suka kepada seseorang tetapi orang yang kita suka itu bukan hanya tidak suka kepada kita, malah membenci kita pula. Walaubagaimanapun, guru saya katakan:
No. Hatred is not the worst feeling. It is actually being ignored.
Jadi selepas itu, kami diterangkan mengapa ignored ataupun 'tidak dipedulikan' ini menjadi satu perasaan yang lebih dasyat daripada dibenci.
Pernah tak kita membaca, mendengar ataupun menonton cerita mengenai satu pasangan bahagia, yang pada awal perhubungan mereka tidak lah begitu baik, sering bergaduh dan sebagainya? Well, kebanyakan cerita cinta pun biasanya ada plot sebegini. Mula-mula gaduh, lama-lama suka.
Suka, minat, benci, menyampah. Semuanya ini merupakan satu bentuk perasaan. Jika kita suka kepada seseorang, itu bermaksud kita ada perasaan pada dia dan jika membenci seseorang, itu juga bermaksud kita ada perasaan kepadanya. Justeru, bila kita dah ada perasaan kepada orang itu, kita harus ingat perasaan itu boleh bertukar-tukar sama ada suka kepada benci ataupun benci kepada suka. Sebab itulah ada orang yang mula-mula gaduh lepas tu, jadi kawan baik. Dan ada juga yang mula-mula kawan baik, lepas tu jadi musuh dunia akhirat pulak.
Yang bahayanya, jika seseorang itu tiada perasaan kepada kita atau dalam erti kata lain, tidak mempedulikan kita. Disebabkan perasaan itu langsung tiada, ianya tidak boleh shift menjadi benci ataupun suka. Kita boleh buat apa sahaja padanya tetapi dia tidak akan suka ataupun membenci kita kerana dia sememangnya langsung tiada perasaan kepada kita.
Saya rasa agak sukar untuk kita betul-betul 'tiada' perasaan kepada seseorang melainkan dia merupakan seorang stranger. Kalau dah berkawan atau bercinta, sememangnya kita dah ada perasaan kepada orang itu dan perasaan itu sememangnya mampu bertukar-tukar mengikut tindak-tanduk dan perlakuan kita. Tetapi tidak mustahil untuk seseorang itu menjakau ke tahap "tiada perasaan" kepada orang lain. Dia sudah tidak mempedulikannya dan memang anggap dirinya itu tidak wujud lagi. Harapnya tidak ada antara kita yang boleh sampai ke tahap sebegini.
Sekian, wassalam..
0 comments:
Post a Comment