Sunday, 23 February 2014

Gagal SPM

Semasa cuti semester yang lepas, seperti biasa saya dan kakak saya keluar jalan-jalan di sebuah shopping mall. Di sana, kami singgah di sebuah restoran dan setelah selesai, salah seorang pekerja di kedai itu menegur saya. “Thank you sir, come again.” Saya pun tanpa melihat muka dia, hanya mengangguk dan terus keluar daripada kedai tersebut. Setelah beberapa langkah, terasa bahu saya dicuit dan apabila menoleh, saya terpandang wajah seseorang yang agak familiar bagi saya.

Rupa-rupanya pekerja yang menegur saya tadi ialah merupakan sahabat saya semasa di sekolah menengah dahulu. Agak terkejut sebab dah lama tak jumpa dan tak sangka juga sebab saya ingatkan dia sekarang sedang belajar di luar negara. Jadi disebabkan dia masih lagi dalam waktu kerja, kami tidak dapat bersembang pada waktu itu dan mengatur perjumpaan pada hari yang lain.

Dipendekkan cerita, suatu hari kami berjumpa untuk bersembang dan sememangnya saya nak mendengar cerita sahabat saya ni. Ada beberapa perkara menarik yang boleh saya rumuskan daripada perbualan ini seperti yang akan saya kupaskan disini, iaitu SPM tidak menjamin apa-apa.

Untuk pengetahuan semua, sahabat saya ini merupakan salah seorang pelajar cemerlang SPM semasa di sekolah menegah dahulu. (Bila sebut cemerlang, maknanya straight A la kan..) Jadi, kebiasaannya lah, pelajar-pelajar cemerlang ini lebih berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negara berbanding di dalam negara. Kenapa? Persoalan ini mungkin terlalu subjektif. Ada yang berpendapat belajar di luar negara bagus kerana taraf pendidikan di sana adalah lebih tinggi justeru, mereka boleh menjadi graduan yang lebih berkemahiran. Ada juga yang berpendapat belajar di sana sama sahaja dengan belajar di dalam negara cuma, mereka ingin dapatkan pengalaman hidup di negara orang di samping belajar di universiti, mereka juga dapat belajar cara hidup, budaya mereka dan survival skills di sana.


Seperti mereka juga, sahabat saya ini memilih option yang sama. Kalau pelajar biasa sibuk memilih kursus Pra-U seperti STPM, asasi, matrikulasi, diploma di kolej, universiti, politeknik dan sebagainya mereka pula memilih untuk berada di kolej-kolej mara dan kolej swasta yang lain dengan tajaan daripada penaja masing-masing. Subjek yang mereka pelajari juga bukanlah mudah kerana walaupun bunyinya simple seperti matematik biologi, fizik dsb, berada di peringkat A-Level ataupun IB (International Baccalaureate), level pengetahuan yang diuji kepada pelajar adalah pada peringkat antarabangsa. Ini kerana, persaingan yang perlu mereka hadapi untuk belajar di universiti luar negara adalah lebih besar kerana kursus-kursus ini juga ditawarkan kepada pelajar di seluruh dunia. Jadi memilih untuk berada di peringkat A-Level, IB dan kursus yang setaraf bukanlah main-main. Ia memerlukan pelajar itu menumpukan perhatian sepenuhnya dan boleh memberi komitmen yang menyeluruh terhadap pengajian mereka.

Berbalik semula kepada cerita sahabat saya tadi, setelah tamat pengajian, keputusannya hanya cukup makan. Dan ada beberapa faktor lain yang diberi oleh pihak penaja yang membuatkannya tidak dapat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekiranya sesiapa pun yang berada di tempatnya pasti akan berasa sedih kerana apabila berada di tahap ini, matlamat utama pelajar biasanya adalah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jangka masa yang diambil bagi kursus ini juga adalah 2 tahun (agak lama berbanding kursus asasi dalam negara). Oleh yang sedemikian, dia sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran di universiti dalam negara walaupun  rakan-rakan yang lain sekarang sudah berada di tahun kedua pengajian.

Apa yang saya boleh katakan disini bagi pihak sabahat saya ini ialah dia adalah salah seorang pelajar yang kurang bernasib baik. Mungkin menjadi ‘mangsa’ pihak-pihak tertentu tetapi dia juga sendiri mengaku ada salah yang dilakukannya sendiri sebagai contoh:

TETAPKAN MATLAMAT

Seperti yang saya katakan tadi, sahabat saya mengaku adalah menjadi salah dirinya sendiri kerana tidak meletakkan matlamat yang betul dalam hidupnya. Matlamat yang ditekankan disini ialah matlamat hidup dan bukan matlamat dalam pembelajaran dan pengajian semata-mata. Sebaiknya semasa di peringkat sekolah lagi, matlamat hidup itu harus ditetapkan. Saya sendiri pernah terfikir kenapa penting untuk kita tahu cita-cita. Zaman dulu apabila saya ditanya “nak jadi apa?” sejujurnya saya blank. Saya tak pernah terfikir pun nak jadi apa. So, kalau orang tanya, jawab sahajalah apa-apa pun, kadang-kadang nak jadi doktor, kadang-kadang engineer pulak.




Walaubagaimanapun, sekarang baru saya sedar kenapa pentingnya untuk kita tahu apa cita-cita kita sejak di bangku sekolah lagi. Supaya kita boleh menetapkan matlamat hidup kita. Matlamat yang ditetapkan itu cukup penting kerana ianya membolehkan kita tahu bagaimana cara untuk kita capai matlamat kita itu.

Sebagai contoh, sekiranya kita berada di negeri Johor dan ‘matlamat’ kita di sini ialah kita ingin sampai ke negeri Kedah. Apabila kita dah ada ‘matlamat’ itu barulah kita tahu apa option untuk kita sampai ke ‘matlamat’ kita. Dalam kes ini ada beberapa jalan yang kita boleh gunakan sama ada dengan melalui jalan darat menggunakan ‘kereta’, menggunakan ‘kereta api’ ataupun dengan menggunakan ‘kapal terbang’. Bila kita dah tahu option barulah kita boleh menentukan cara terbaik yang boleh kita pilih untuk kita capai ke ‘matlamat’ kita itu. Mungkin saya akan pilih kapal terbang, lebih mudah dan cepat.

Kalau kita boleh aplikasikan cara ini dengan topik mengenai pelajaran pula, seperti yang saya katakan tadi adalah penting untuk pelajar di peringkat sekolah untuk tahu apa matlamat cita-cita mereka. Nak jadi apa? Doktor? Jurutera? Peguam? Cikgu? Dsb. Cara yang sama, bila kita dah tahu betul-betul apa matlamat kita itu barulah kita tahu bagaimana untuk kita capai matlamat kita itu, “kalau selepas pengajian boleh sambung asasi, matrikulasi, STPM” dan sebagainya. Seterusnya baru kita boleh pilih cara yang terbaik dan sesuai dengan kita bagi mencapai matlamat kita. “Kalau ambil asasi dan matrikulasi jangka masa setahun berbanding STPM, tambah lagi setahun” walaubagaimanapun ambil kira juga persaingan dan subjek yang bakal diambil, boleh kah kita bawa dsb.


Masalah yang agak besar dihadapi ramai pelajar sekarang (termasuk diri saya sendiri dahulu) ialah kita tak ada matlamat hidup. Kita tak tahu kita nak bekerja sebagai apa bila tiba masanya nanti. So, bila ditanya “nak jadi apa?” memang tak ada jawapan atau bertukar-tukarlah jawapannya. Inilah sebenarnya masalah yang diceritakan oleh sahabat saya tadi, oleh kerana dia sendiri sampai ke tahap ini pun masih lagi keliru dengan cita-citanya, dia tersilap jalan dan seterusnya tidak tahu hala tuju hidupnya.

Bagi diri saya pula, walaupun selepas mendapat keputusan SPM saya tak tahu lagi matlamat kerjaya saya, saya memilih bidang perundangan kerana saya dah tak mahu belajar subjek sains lagi dan mungkin juga ijazah bidang perundangan boleh memberi peluang pekerjaan yang pelbagai kepada saya. Itu adalah contoh langkah yang saya ambil. Alhamdulillah, sekarang apabila belajar undang-undang minat itu datang sendiri dan kini saya tahu sedikit demi sedikit matlamat hidup saya.

JANGAN ACCIDENT

Apabila kita dah ada matlamat dan mengambil jalan terbaik yang telah kita pilih, langkah yang seterusnya ialah dengan memastikan bahawa kita mencapai matlamat kita itu. Sebagai contoh untuk yang pertama tadi, kalau kita nak ke Kedah dan memilih untuk memandu kereta, pastikan jaga keselamatan diri dan had laju. Kalau accident, tak sampai lah ke ‘matlamat’ itu. Sama dengan pelajaran kita, jangan pula menggagalkan diri dengan main-main di pertengahan jalan kerana itu umpama accident dan kita tak akan dapat sampai ke matlamat kita tadi.

Contoh yang diberikan oleh sahabat saya ialah dia main-main dalam pelajarannya. Contoh yang boleh saya berikan pula berdasarkan pengalaman belajar di peringkat asasi dan ijazah ini ialah kita terkeliru dengan kemampuan diri kita dan sememangnya juga main-main dalam pelajaran.

Masalah main-main dalam pelajaran ini sememangnya ada di mana-mana dan dirasai oleh semua orang di semua peringkat. Boleh jadi kita jumpa geng yang sekepala, tinggal pula pelajaran, ataupun sibuk dengan aktiviti luar sampai pelajaran pula diletak tepi. Untuk masalah ini, pelajar itu sendiri sebenarnya perlu bijak membahagikan masa dan tahu membezakan perkara yang penting dan kurang penting.

Selain itu, ramai juga yang agak keliru dengan kemampuan diri sendiri dan kursus yang dipilih. Perkara sebegini banyak berlaku dan saya lihat semasa berada di peringkat asasi. Saya memilih kursus asasi undang-undang, teringat pada waktu itu, semasa kelas pertama pensyarah bertanya setiap pelajar “kenapa memilih kursus undang-undang” dan ramai yang menjawab, “sebab saya seorang yang suka bercakap dan saya suka berdebat.” Walaubagaimanapun, di akhir semester, mereka yang memberi jawapan sebegini pula yang tidak dapat menyambung pelajaran dalam kos undang-undang di peringkat ijazah. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi?


Seperti yang saya ceritakan di awal tadi, ramai antara kita yang masih terkeliru dengan kemampuan diri sendiri dan kursus yang dipilih. Seperti dalam kes ini, hanya kerana kita petah bercakap dan suka argue tentang sesuatu perkara tidak semestinya melayakkan diri kita dalam bidang undang-undang. Sememangnya itu skill yang amat penting tetapi sekiranya bahasa Inggeris kita tidak sampai ke tahap yang sepatutnya dan bukanlah seorang yang suka membaca dan tiada skill dalam menghafal, akan menjadi kesukaran bagi kita untuk meneruskan pelajaran. Justeru, sekiranya ingin memilih sesuatu kursus itu, kita perlu tahu apa skill sebenarnya yang diperlukan (spt. bercakap semata-mata ataupun membaca) dan adakah skill itu ada pada kita?

MINAT

Kali ini saya ingin bercakap mengenai minat pula. Satu perkara yang menarik minat saya ialah antara orang yang hebat dan gempak dalam abad ini, mereka sebenarnya pernah gagal dalam pelajaran mereka. Sebagai contoh, pengasas Microsoft iaitu Bill Gates, dan founder & CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg.


Apa yang menarik minat saya untuk menulis tentang ini ialah baru-baru ini juga saya terdengar salah seorang kawan sekolah yang juga cemerlang dalam SPMnya, kemudian sambung pelajaran untuk persediaan ke luar negara tetapi tidak pula menyambung pelajarannya tetapi memilih untuk memulakan bisnes. Sebagai seorang rakan, saya cukup respect dengan keberanian dan keputusannya ini kerana tidak ramai anak muda yang sanggup mengambil keputusan sepertinya.

Teringat pula dialong dalam filem 3 Idiots di mana Rancho bertanya kepada Farhan, bagaimana sekiranya bapa kepada Michael Jackson memaksa anaknya itu untuk belajar berbanding menyanyi? Memang tidak wujudlah seorang penyanyi pop yang hebat di dunia ini kan? Kata-kata ini amat mendalam bagi saya kerana walau apa pun yang kita lakukan, sekiranya minat itu tiada makan ianya tidak akan menjadi. Dan kalau ada satu-satu benda yang kita minat, kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

KONKLUSI

Kepada rakan-rakan, harap post saya ini sedikit demi sedikit boleh memberi panduan dalam membuat sebarang keputusan. Memandangkan keputusan SPM juga akan diumumkan tidak lama lagi, diharap entri ini juga dapat memberi panduan kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Harapnya anda tahu jalan terbaik yang patut anda ambil untuk mencapai matlamat anda. Tidak semestinya kerana anda mendapat keputusan yang cemerlang, anda harus mengambil kursus A-Level dan setaraf dengannya. Pelajar lain yang mengambil kursus tersebut tahu hala tuju hidup mereka, bagaimana pula dengan anda? Perkara yang penting ialah tahu matlamat anda dan consider minat diri sendiri.

Selain itu, adalah amat penting untuk anda semua tahu bahawa SPM bukanlah jaminan dalam hidup. Ada orang berpendapat sampai ke tahap seolah-olah SPM itulah segala-galanya. Gagal SPM bermaksud gagal dalam hidup. Mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan, ada orang yang pernah gagal dalam SPM tetapi tetap berjaya dalam hidup. Ada orang yang cemerlang dalam SPM tetapi tidak bernasib baik atau memilih jalan yang berbeza.

Walaubagaimanapun, buat sahabat saya tadi, apa yang penting adalah rezeki. Kita tak tahu di mana Allah letakkan rezeki kita. Semua yang berlaku adalah Qada’ dan Qadr daripada yang Maha Esa. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Sekian, wassalam..
Read More

Sunday, 16 February 2014

Movie Review : The Lego Movie


One of the best feeling is when, you go and watch a movie without expect anything from it. And as it turns out, the movie is awesome!
Cerita mengenai Emmet, seorang buruh binaan yang, kalau buat apa-apa pun, sentiasa mengikut peraturan. Then, dia disalah anggap sebagai seorang yang paling luar biasa dan merupakan kunci untuk menyelamatkan dunia. 

Well, nampak jalan cerita memang macam cliche, (cerita kartun kot..) Tapi, apa yang menarik bagi aku ialah kreativiti orang yang buat cerita ni. Sama macam filem Cloudy with a Chance of Meatball, penyampaian animasi dalam cerita ini jugak cukup kreatif, sampaikan every single detail macam awan dan air pun, diaperbuat daripada lego. Selain tu, ada juga watak-watak daripada cerita lain macam Batman, Superman, Gandalf etc.. memang meriah la.

Bila tengok cerita ni jugak, kadang-kadang terimbas zaman masa kita kecik-kecik dulu main lego. Pasang sana-sini. Sekarang rasa macam nak beli mainan ni balik, main pasang-pasang kat bilik. haha..

Cerita ini, seriously tak membosankan. It is consistenly entertaining from start to finish. Mungkin yang dah tengok trailer tu akan rasa "its just another animation film" tapi aku rasa, cerita ini berada pada tahapnya yang tersendiri.

The Lego Movie: 9/10
Read More

Tuesday, 11 February 2014

I Hate You!


Teringat semasa di tingkatan 5 dahulu, guru Bahasa Inggeris saya ada bertanya:
Do you think, hatred is the worst feeling?
Jadi, saya dan kebanyakan rakan sekelas berpendapat, ya. Sememangnya perasaan dibenci adalah satu perasaan yang paling teruk sekali. Cuba bayangkan, bila kita suka kepada seseorang tetapi orang yang kita suka itu bukan hanya tidak suka kepada kita, malah membenci kita pula. Walaubagaimanapun, guru saya katakan:
No. Hatred is not the worst feeling. It is actually being ignored.
Jadi selepas itu, kami diterangkan mengapa ignored ataupun 'tidak dipedulikan' ini menjadi satu perasaan yang lebih dasyat daripada dibenci.

Pernah tak kita membaca, mendengar ataupun menonton cerita mengenai satu pasangan bahagia, yang pada awal perhubungan mereka tidak lah begitu baik, sering bergaduh dan sebagainya? Well, kebanyakan cerita cinta pun biasanya ada plot sebegini. Mula-mula gaduh, lama-lama suka.

Suka, minat, benci, menyampah. Semuanya ini merupakan satu bentuk perasaan. Jika kita suka kepada seseorang, itu bermaksud kita ada perasaan pada dia dan jika membenci seseorang, itu juga bermaksud kita ada perasaan kepadanya. Justeru, bila kita dah ada perasaan kepada orang itu, kita harus ingat perasaan itu boleh bertukar-tukar sama ada suka kepada benci ataupun benci kepada suka. Sebab itulah ada orang yang mula-mula gaduh lepas tu, jadi kawan baik. Dan ada juga yang mula-mula kawan baik, lepas tu jadi musuh dunia akhirat pulak.


Yang bahayanya, jika seseorang itu tiada perasaan kepada kita atau dalam erti kata lain, tidak mempedulikan kita. Disebabkan perasaan itu langsung tiada, ianya tidak boleh shift menjadi benci ataupun suka. Kita boleh buat apa sahaja padanya tetapi dia tidak akan suka ataupun membenci kita kerana dia sememangnya langsung tiada perasaan kepada kita. 


Saya rasa agak sukar untuk kita betul-betul 'tiada' perasaan kepada seseorang melainkan dia merupakan seorang stranger. Kalau dah berkawan atau bercinta, sememangnya kita dah ada perasaan kepada orang itu dan perasaan itu sememangnya mampu bertukar-tukar mengikut tindak-tanduk dan perlakuan kita. Tetapi tidak mustahil untuk seseorang itu menjakau ke tahap "tiada perasaan" kepada orang lain. Dia sudah tidak mempedulikannya dan memang anggap dirinya itu tidak wujud lagi. Harapnya tidak ada antara kita yang boleh sampai ke tahap sebegini.

Sekian, wassalam..
Read More

Saturday, 8 February 2014

Macam sama je.... (Anugerah Juara Lagu 28)

*Entri ini 100% pendapat saya dan beberapa rakan. Please jangan saman kalau terasa.. Saya agak takut sebenarnya untuk menulis entri ini kerana rakyat Malaysia ini, mostly mempunyai sensitiviti yang cukup tinggi. Kalau tersilap tulis sikit atau orang yang menulis itu bukanlah sesiapa, memanglah diorang cukup bengang. Erti kata lain, tak boleh terima pendapat orang lain. Persoalkan balik, “kau siapa nak nasihatkan aku?” Jadi, saya perlu terangkan sekali lagi bahawa entri ini 100% pendapat kami, para pendengar yang juga ingin melihat industri muzik tanah air semakin maju ke hadapan.

Minggu lepas saya keluar dengan seorang rakan dan salah satu topik perbualan kami terarah kepada Anugerah Juara Lagu 28 dan Industri Muzik di Malaysia keseluruhannya.

 Gambar: The Star

Tahniah diucapkan kepada pemenang AJL baru-baru ini iaitu Hafiz dengan lagunya Bahagiamu Deritaku. Tetapi ramai orang lupa untuk ucapkan tahniah kepada komposer dan penulis lirik lagu ini walaupun mereka sebenarnya orang yang bertanggungjawab membikin lagu tersebut. Jadi, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada LY dan Baiduri kerana telah menghasilkan karya yang cukup indah dan memang layak untuk memenangi anugerah yang cukup berprestij ini.

Baiklah, kemenangan lagu ini sememangnya wajar dan tidak patut dipersoalkan. Walaubagaimanapun persoalan yang boleh diketengahkan ialah kualiti industri muzik kita keseluruhannya. Semasa berbual dengan rakan saya, saya agak tertarik dengan kata-katanya iaitu “Juara Lagu? Hahh... macam sama je dengan zaman-zaman Ziana Zain dulu.”


Kata-kata ini agak menarik bagi pendapat saya kerana ianya tidak hanya refleks kepada pemenangnya sahaja tetapi kepada hala tuju industri muzik kita. Kalau dipersoalkan kepada kami, bagaimana untuk menghasilkan sebuah karya muzik yang baik, sememangnya kami tiada kepakaran. Tetapi sebagai pendengar dan peminat yang juga mendengar lagu-lagu daripada negara lain seperti lagu Inggeris, Korea dan Indonesia, adalah cukup mudah bagi kami untuk membuat perbandingan secara kasar.

KUALITI PERSEMBAHAN

Bagi kami, apa sebenarnya yang kurang ialah ‘kualiti persembahan’. Jangan bercakap soal vokal kerana saya memang tiada kepakaran mengenainya. Walaubagaimana sekalipun saya bersetuju kalau ada yang kata vokal penyanyi kita adalah jauh lebih hebat berbanding penyanyi Inggeris yang ternama. Sebagai seorang yang mengikuti anugerah-anugerah berprestij antarabangsa seperti Grammy Awards, Billboard Awards dan American Music Awards, saya merasakan ada sesetengah daripada penyanyi kita mempunyai vokal yang cukup hebat dan mampu menandingi vokal artis Inggeris yang lain.

Kekurangan yang jelas nampak kelihatan ialah dari segi kualiti persembahan. Apa yang dimaksudkan dengan persembahan ialah penyampaian sesebuah lagu itu. Hal ini bukan hanya terpakai dalam AJL sahaja tetapi kepada seluruh industri. Kalau kita lihat, dari segi kesungguhan menyampaikan persembahan, artis kita masih lagi pada tahap yang agak membimbangkan. Sebagai contoh, kita boleh lihat kebanyakan artis dan penyanyi luar, selain daripada vokal yang mantap mereka juga mementingkan penyampaian persembahan yang mampu membuatkan penonton teruja dan bersorak menyaksikan persembahan mereka. Salah seorang artis yang saya gemar saksikan persembahannya ialah Pink.


Lihatlah persembahan artis ini dalam mana-mana anugerah sekaipun, pasti ada kelainan dan kita boleh nampak 150% kesungguhannya dalam melakukan persembahan. Kita boleh bayangkan betapa dia bekerja keras untuk menyampaikan persembahannya itu. Dan sekarang, apa kata kita bandingkan pula gaya persembahan artis ini degan mana-mana artis dari negara kita. Ada tak sesiapa yang mampu menyampaikan persembahan sepertinya?


Saya setuju jika anda katakan bahawa tidak semua persembahan memerlukan pergerakan, as long as penyanyi itu berdiri di atas pentas dan menyampaikan lagunya yang berunsur balada itu sahaja sudah cukup. Walaubagaimanapun, kalaulah kesemua artis kita memilih untuk menyampaikan persembahannya sebegini, di mana ­variety yang kita boleh nampak dalam industri kita?

Selain daripada vokal, ada banyak lagi perkara yang boleh mendatangkan keterujaan kepada penonton yang menyaksikan sebuah persembahan. Kita memang tidak membudayakan Standing Ovation tetapi cuba satu persembahan itu lain daripada yang yang lain dan memberi semacam tenaga kepada penonton, pasti secara automatik para penonton akan berdiri semasa menyaksikan persembahan tersebut. Itulah elemen yang kurang dalam muzik kita.

TIADA ‘KEPELBAGAIAN’

Kalau kita lihat dari segi jumlah penduduk di Malaysia, sememangnya tidaklah seramai mana dan jumlah yang mendengar lagu-lagu melayu juga pastinya sedikit. Walaubagaimanapun, kita terlupa bahawa kita mempunyai bahasa yang sama dengan mereka di Singapura dan Indonesia. Secara logiknya apabila kita mampu menjual lagu kita di negara ini, maka kita juga mampu menjualnya di sana kerana, bahasa yang sama dan mereka memahami lagu kita. Tetapi kita tetap tidak mampu menembusi pasaran di sana tetapi lagu dari sana pula yang banyak masuk ke negara kita. Kenapa agaknya?


Persoalan mengenai faham atau tidak sebenarnya bukanlah satu masalah yang sangat besar. Kalau kita ambil contoh, semakin ramai orang kita yang mendengar lagu-lagu daripada Korea dan Jepun. Cubalah tanya mereka, adakah mereka faham lagu-lagu yang mereka pujakan itu? Pastinya mereka tidak faham melainkan mereka google translation lagu tersebut. Jadi apa yang membuatkan mereka mendengarnya? Faktor kecil yang boleh dikatakan mungkin kerana rupa artis di sana cantik dan kacak malah persembahan mereka menari agak mengujakan tetapi apa yang penting sebenarnya lagu itu sendiri mempunyai kepelbagaian dan muzik yang didengari fresh.


Masalah yang kita hadapi di sini ialah kebanyakan lagu umpama satu repitition. Sama seperti filem kita juga, kita ambil idea yang lebih kurang sama dan tukar mana yang patut. Itulah sebabnya kenapa industri kita terus menerus kecil dan tidak berkembang. Kita boleh bandingkan dengan negara terdekat seperti Indonesia. Orang kita juga memilih untuk mendengar lagu dari sana kerana muziknya yang fresh dan ada kepelbagaian berbanding muzik kita.

Saya cukup malu apabila ada sesetengah pihak yang nampak sangat menagih orang-orang kita untuk menyokong industri muzik kita sendiri. Ada yang sampai masuk dalam televisyen, menyalahkan penonton dan pendengar kerana melebih-lebihkan artis luar daripada artis kita sendiri. Satu sahaja yang ingin saya katakan kepada anda ini, KESIAN....

Kepada golongan ini, saya ingin katakan kepada anda, sekiranya anda menghasilkan karya yang bagus, tak kira macam mana sekalipun, orang akan dengar dan sokong. Tak perlu salahkan orang lain, apa yang penting, anda sendiri perlu buat yang terbaik. Sama seperti ahli politik, sekiranya dia mahu diundi, dia sepatutnya menunjukkan dahulu keupayaan dan kemampuannya dalam memimpin, barulah rakyat akan menyokongnya. Sama juga seperti skuad bola sepak, mereka perlu menunjukkan kesungguhan mereka dalam game itu dahulu jika mereka ingin mendapat sokongan daripada peminat. Prinsip yang sama juga harus digunapakai di sini. Sekiranya penghasil karya muzik kita menghasilkan satu karya yang hebat, walaubagaimana sekalipun, orang akan pilih untuk dengar. Mudah bukan? Tak perlu nak menagih lagi.

KELIRU DENGAN OBJEKTIF

Topik seterusnya yang mungkin saya boleh tambah ialah kualiti anugerah kita sendiri. Saya ingin bandingkan sekarang iaitu American Music Awards (AMA) dan Anugerah Industri Muzik (AIM). 


Saya mengikuti kedua-dua anugerah dan saya ingin ketengahkan tentang gaya penganjuran anugerah pula. Kedua-dua anugerah mempunyai base penganjuran yang cukup kuat untuk memberi penganugerahan kepada artis di negara masing-masing. Walaubagaimanapun masalah yang kita boleh lihat dari penganjuran kita ialah betapa banyaknya elemen yang tidak penting yang diselitkan dalam anugerah itu sendiri. Sebagai contoh, pengacara. Saya tak pasti kenapa kita amat mementingkan pengacara itu membuat lawak. Saya faham industri komedi tanah air semakin meningkat tetapi, itu tidak bermaksud semua benda harus ada unsur lawak. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuatkan penonton terhibur dan lawak hanyalah salah satu daripada cara tersebut. Kalau kita dapat lihat, anugerah seperti AMA, running time bagi anugerah ini dipenuhi dengan persembahan daripada artis mereka. Pengaracara menjaga masa dan bercakap sedikit sahaja. Dan penyampai anugerah juga tak perlu bersembang mengarut di atas pentas. Memang betullah itu tujuan anugerah ini dijalankan untuk showcase persembahan dan kemampuan artis mereka dalam menyampaikan persembahan. Bandingkan pula dengan AIM kita, running time dipenuhi dengan lawak jenaka daripada pengacara semata-mata, kurang persembahan daripada artis kita (sesetengah artis itu sendiri kita tak tahu, sepatutnya inilah masa untuk mereka menyampaikan persembahan mereka).

KONKLUSI

Sekali lagi perlu saya tekankan di sini, entri ini 100% pendapat saya dan beberapa rakan. Niat entri ini ditulis bukan untuk menghina mana-mana pihak tetapi kami juga ingin melihat kualiti industri muzik negara kita meningkat.

Industri kita bukanlah tidak bagus. Sejak kebelakangan ini ada beberapa artis kita yang berjaya menembusi pasaran anatarabangsa seperti Shila Amzah dan Yuna. Justeru, ramai lagi penyanyi kita yang perlu mengambil langkah serupa kerana ini bukan sahaja menaikkan nama mereka dan industri muzik kita malah nama negara juga akan harum di peringkat antarabangsa. Takkan sampai sekarang pun jika kita tanya kepada mana-mana orang Indonesia, “siapa penyanyi Malaysia yang mereka kenal” jawapan mereka tidak berubah, hanya dua orang ini sahaja iaitu Siti Nurhaliza dan Sheila Majid. 

Sekian, wassalam..
Read More