Monday, 7 September 2015

Pathetic Malaysian: 10 - 0


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kekalahan memalukan 10-0 terhadap pasukan UAE di Kelayakan Piala Asia 2019. Sudah menjadi lumrah peminat bola sepak di Malaysia, pasti akan ada yang memihak kepada pasukan Harimau Malaya dan akan ada juga yang memaki mereka.

"Menang dan kalah adat pertandingan". Ini adalah satu kata-kata yang pastinya akan digunapakai oleh seseorang untuk defend kekalahan pasukan Malaysia. Jika dilihat dari satu sudut, seorang yang pernah menjadi atlit pastinya faham akan perasaan dan keadaan ini di mana dalam satu-satu pertandingan atau perlawanan, kekuatan dan kesungguhan satu-satu pasukan itu bukanlah satu-satunya faktor yang akan menentukan kemenangan. Banyak faktor yang perlu diambil kira lebih-lebih lagi bagi sukan yang bercirikan berpasukan (team). Jika bernasib baik, kita menang jika kurang bernasib baik, kita terpaksa akur dengan keputusan. Kadang-kala persembahan kita tidak menjadi, shit happens! Pastinya, seorang atlit akan faham.

Walaubagaimanapun, seseorang yang tidak pernah menempuh pengalaman berada di dalam pertandingan sukan pastinya akan terus memaki dan menghina pasukan kegemaran mereka apabila pasukan tersebut tidak mempamerkan persembahan yang mereka inginkan. 'Bodoh, tak pandai main bola, bangang, dapat gaji berpuluh ribu tapi tak perform, tak ada semangat, balik kampung' semua kata-kata ini akan keluar daripada mulut 'peminat' sukan ini. Ya, mungkin apa yang dikatakan ini ada betulnya. Kalah is one thing, but berapa banyak kita kalah is totally the other thing. Ianya menunjukkan dimana standard kita.

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk defend mana-mana pihak. Kalah tetap kalah dan kita haruslah menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Seharusnya peristiwa ini mengajar kita dan sedikit sebanyak menunjukkan apa yang perlu diperbaiki. Realiti dunia sukan, atlit dan permainan itu bukanlah segala-galanya. Katakanlah kita ada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekalipun, sekiranya pengurusan sukan tersebut tidak baik, pasukan itu tetap tidak kemana. Contoh yang paling mudah, kalau kita nak buat kek, semua bahan kita guna yang terbaik, kita dah ikut acuan dan cara yang betul, microwave yang paling mahal didunia tetapi, kita menggunakan telur yang sudah luput, kek kita tetap tidak menjadi dan tidak elok untuk dimakan.

Justeru, melabelkan skuad kebangsaan sebagai 'wajah yang memalukan negara' sangatlah tidak wajar. Selagi kita tidak berada di tempat mereka, selagi itulah kita tidak akan tahu dan faham apakah perasaan mereka. Mungkin anda merupakan peminat tegar bola sepak Malaysia, mungkin anda sentiasa mengikuti perkembangan pasukan Harimau Malaya akan tetapi sekiranya anda bukan seorang atlit, dan tidak pernah merasa pengalaman berada di tengah padang dalam satu pertandingan besar anda tetap tidak akan faham perasaan mereka. Seperti yang diperkatan, realiti dunia sukan bukanlah semudah yang disangkakan, 'buat betul-betul, confirm menang' - ianya bukanlah semudah itu.

Akhir kata, sentiasa berfikiran rasional dan matang lebih-lebih lagi dalam penulisan dan percakapan. Jangan terlalu ingin menonjolkan emosi dan seolah-olah kita ini cukup hebat untuk menghakimi orang lain.
Read More