ROTAN
Pada bulan Januari yang lalu, satu Malaysia gempar apabila Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeluarkan kenyataan bahawa merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak kira bangsa bermati-matian menghentam kementerian ini dan menganggap bahawa kenyataan tersebut seolah-olah menafikan hak ibu bapa mendidik anak mereka.
"Merotan" adalah merupakan salah satu kaedah mendidik anak yang amat 'popular' dalam kalangan masyarakat Asia. Oleh yang sedemikian, bukan sekadar bangsa berketurunan Melayu sahaja yang merotan anak, bangsa India, Cina sama ada di Malaysia, malahan di negara Asia lain juga turut menggunapakai kaedah yang sama. Oleh yang sedemikian, apabila keluarnya kenyataan tersebut, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang 'melenting'.
Tidak dapat dipastikan sama ada memang menjadi niat kementerian untuk menjadikan rotan sebagai suatu kesalan jenayah, ataupun kenyataan tersebut hanyalah suatu mainan media. Walaubagaimanapun, isu ini mendapat perhatian yang meluas daripada rata-rata rakyat Malaysia dan menjadi satu isu nasional serta-merta. Rata- rata masyarakat Malaysia tidak menerima kenyataan tersebut, menentang, menghentam, mencaci-maki tanpa ada sebarang pertimbangan. Pada pendapat mereka, kenyataan tersebut adalah sangat offending-in nature dan bakal menghancurkan moral generasi akan datang.
Beberapa bulan kemudian, seorang artis pula mengeluarkan pendapatnya bahawa "Guru Memukul Murid Tidak Lagi Sesuai." Sekali lagi, kenyataan tersebut dilihat seakan mencabar kuasa guru-guru di Malaysia, sehinggakan ada seorang guru yang menggelarkan dirinya Cikgu XYZ yang menghantar surat terbuka kepada artis tersebut.
Apa yang boleh disimpulkan daripada reaksi sebilangan rakyat Malaysia khususnya ibu bapa dan guru terhadap isu rotan ini ialah "Menyedihkan". Selain daripada itu, ia juga membuktikan bahawa kita tidak kreatif, berfikiran kolot dalam mendidik anak-anak. Lebih menyedihkan lagi, apabila saya menggunakan perkataan 'kolot' di atas, akan ada ramai pula ustaz-ustazah facebook yang akan mengecam saya 'kafir', kerana mereka akan terus buat deduction bahawa saya menolak sunnah dan justeru terus jatuh kafir. Lihatlah, betapa menyedihkan tahap pemikiran orang kita. Tiada ilmu dalam perundangan, tiada pengetahuan yang mendalam terhadap psikologi kanak-kanak tetapi sibuk nak tunjuk pandai dengan 'pengalaman' masing-masing.
UN Convention on the Rights of Child (CRC) ialah merupakan satu dokumen antarabangsa yang ditandatangani oleh kebanyakan negara didunia yang bersetuju bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa yang perlu dilindungi. Hak ini adalah berbeza dengan hak yang diberikan kepada orang dewasa. Hak ini juga diberikan kerana golongan kanak-kanak ini dilihat sebagai golongan yang lemah dan mudah didiskriminasi dalam pelbagai bentuk. Dalam perjanjian ini, terdapat satu artikel yang menentang hukuman berbentuk diskriminasi terhadap kanak-kanak (merotan, memalukan kanak-kanak di hadapan khayalak ramai).
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tidak terkecuali menandatangani perjanjian tersebut. Isi kandungan CRC ini telah diaplikasikan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Walaubagaimanapun, Malaysia mengambil pendekatan untuk membuat reservation terhadap beberapa artikel (tidak bersetuju dengan beberapa artikel) dan salah satu artikel itu ialah berkenaan dengan hukuman berbentuk diskriminasi ini. Reservation ini dibuat adalah berikutan daripada terdapat beberapa undang-undang di Malaysia yang membenarkan kanak-kanak diberikan hukuman sebegitu sebagai contoh hukuman rotan di sekolah.
"Merotan" adalah merupakan salah satu kaedah mendidik anak yang amat 'popular' dalam kalangan masyarakat Asia. Oleh yang sedemikian, bukan sekadar bangsa berketurunan Melayu sahaja yang merotan anak, bangsa India, Cina sama ada di Malaysia, malahan di negara Asia lain juga turut menggunapakai kaedah yang sama. Oleh yang sedemikian, apabila keluarnya kenyataan tersebut, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang 'melenting'.
Tidak dapat dipastikan sama ada memang menjadi niat kementerian untuk menjadikan rotan sebagai suatu kesalan jenayah, ataupun kenyataan tersebut hanyalah suatu mainan media. Walaubagaimanapun, isu ini mendapat perhatian yang meluas daripada rata-rata rakyat Malaysia dan menjadi satu isu nasional serta-merta. Rata- rata masyarakat Malaysia tidak menerima kenyataan tersebut, menentang, menghentam, mencaci-maki tanpa ada sebarang pertimbangan. Pada pendapat mereka, kenyataan tersebut adalah sangat offending-in nature dan bakal menghancurkan moral generasi akan datang.

Apa yang boleh disimpulkan daripada reaksi sebilangan rakyat Malaysia khususnya ibu bapa dan guru terhadap isu rotan ini ialah "Menyedihkan". Selain daripada itu, ia juga membuktikan bahawa kita tidak kreatif, berfikiran kolot dalam mendidik anak-anak. Lebih menyedihkan lagi, apabila saya menggunakan perkataan 'kolot' di atas, akan ada ramai pula ustaz-ustazah facebook yang akan mengecam saya 'kafir', kerana mereka akan terus buat deduction bahawa saya menolak sunnah dan justeru terus jatuh kafir. Lihatlah, betapa menyedihkan tahap pemikiran orang kita. Tiada ilmu dalam perundangan, tiada pengetahuan yang mendalam terhadap psikologi kanak-kanak tetapi sibuk nak tunjuk pandai dengan 'pengalaman' masing-masing.
UN Convention on the Rights of Child (CRC) ialah merupakan satu dokumen antarabangsa yang ditandatangani oleh kebanyakan negara didunia yang bersetuju bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa yang perlu dilindungi. Hak ini adalah berbeza dengan hak yang diberikan kepada orang dewasa. Hak ini juga diberikan kerana golongan kanak-kanak ini dilihat sebagai golongan yang lemah dan mudah didiskriminasi dalam pelbagai bentuk. Dalam perjanjian ini, terdapat satu artikel yang menentang hukuman berbentuk diskriminasi terhadap kanak-kanak (merotan, memalukan kanak-kanak di hadapan khayalak ramai).
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tidak terkecuali menandatangani perjanjian tersebut. Isi kandungan CRC ini telah diaplikasikan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Walaubagaimanapun, Malaysia mengambil pendekatan untuk membuat reservation terhadap beberapa artikel (tidak bersetuju dengan beberapa artikel) dan salah satu artikel itu ialah berkenaan dengan hukuman berbentuk diskriminasi ini. Reservation ini dibuat adalah berikutan daripada terdapat beberapa undang-undang di Malaysia yang membenarkan kanak-kanak diberikan hukuman sebegitu sebagai contoh hukuman rotan di sekolah.
Persoalan pertama yang mungkin boleh kita lihat ialah mengapa masyarakat dunia memandang serius dan menolak hukuman sebegini diberikan kepada kanak-kanak? Persoalan kedua pula, mengapa masyarakat Malaysia mempunyai idea yang 100% bertentangan dengan prinsip tersebut dan menegaskan hukuman ini perlu diberikan kepada kanak-kanak?
Pastinya semua orang sedar bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang lemah dan perlu dilindungi. Ianya tidak dapat disangkal lagi. Kadar pertumbuhan dan perkembangan minda mereka adalah pada tahap yang tertinggi pada usia remaja. Oleh yang sedemikian, adalah penting bagaimana cara seseorang itu mendidik anak-anak mereka kerana cara didikan itu yang bakal membentuk personaliti dan corak pemikiran seseorang. Kita sendiri mungkin boleh lihat betapa bezanya seseorang yang lahir dan hidup dalam keluarga yang aman berbanding seseorang itu yang lahir dan membesar dalam keluarga yang bersifat abusive. Ianya terang dan jelas, cara hidup dan cara didikan itu sendiri menentukan segalanya.
Oleh yang sedemikian, masyarakat dunia berpendapat bahawa pendekatan dalam didikan anak itu sendiri perlulah betul. Mendidik anak dengan menakut-nakutkan mereka dengan hukuman yang berbentuk fizikal adalah tidak baik untuk perkembangan minda mereka. Cara yang lebih halus patut digunakan, sebagai contoh, 'grounded' iaitu tidak boleh keluar daripada rumah selama beberapa hari ataupun tidak mendapat duit belanja untuk satu bulan. Mereka berasakan permainan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anak mereka. Justeru, ianya akan membuatkan anak-anak ini berfikir dan sedar apa yang tidak patut dilakukan oleh mereka supaya kehidupan dan perbelanjaan mereka tidak terjejas.
Berbeza pula dengan orang kita, kita beranggapan bahawa, rotan adalah satu-satunya cara dalam mendidik anak. Kita tidak pernah terfikir ada cara lain untuk mendidik seperti digunakan oleh masyarakat Eropah. Ianya hanyalah rotan. Tiada rotan, bermaksud anak akan jadi jahat, bodoh, sundal dan sebagainya. Ada rotan bermasud anak akan jadi baik, bijak dan beriman. Itulah peraturan dalam mendidik anak di Malaysia. Bagaimana jika saya katakan disini bahawa, sebenarnya cara ini adalah salah? Ya, anak-anak mungkin akan mendengar kata tetapi kepatuhan mereka itu bukanlah berlandaskan pemikiran mereka yang tahu ianya betul tetapi atas rasa takut dirotan.
Ya, memang betul kedua-dua pendekatan sebenarnya hanya untuk membuatkan anak-anak rasa takut. Oleh kerana takut tak dapat keluar rumah atau tak dapat duit belanja, mereka ikut cakap ibubapa. Oleh kerana takut kena rotan, mereka ikut cakap ibubapa. Walaubagaimanapun, perbezaannya ialah selepas rasa takut itu pula, anak-anak yang dirotan akan mudah merasa benci dan akan timbulnya rasa untuk membalas dendam, mungkin bukan pada ibu bapa tetapi kepada rakan-rakan mereka. Hati mereka mungkin menjadi keras dan tidak kisah lagi jika dirotan. Psikologi mereka terganggu apabila pendekatan fizikal digunakan. Justeru, merotan hanya akan melahirkan sikap kekerasan dalam diri mereka. In a good way, mereka mungkin akan jadi seorang yang tabah tetapi, in a bad way, mereka mungkin akan jadi pemberontak, pembuli, dan sebgainya.
Masalah orang kita ialah kita terlupapsikologi anak-anak. Kita beranggapan, mereka sama seperti golongan dewasa. Sekiranya mereka salah, kita rotan dan mereka akan sedar. Sedihnya ianya bukanlah semudah itu. Berbeza masyarakat Eropah, mereka membuat kajian saintifik dalam membuat keputusan. Kaedah psikologi diberi keutamaan. Tidak hairanlah kanak-kanak di sana lebih matang berbanding kanak-kanak di sini. Kerana, dari kecil lagi mereka sudah diberi kuasa berfikir dan membuat pilihan.
Satu lagi masalah orang kita ialah, apabila bangkitnya isu ini, mereka yang 'acah-acah ustaz ustazah' ini terus mengeluarkan hadis-hadis yang membenarkan segala apa yang mereka ingin lakukan. Persoalan disini ialah, adalah mereka benar-benar berpegang pada hadis tersebut ataupun sekadar ingin tunjuk bukti bahawa mereka boleh merotan. Berpegang pada hadis dan sekadar menunjuk bukti adalah dua perkara berbeza kerana sekiranya mereka benar-benar berpegang kepada hadis tersebut, mereka akan tahu bahawa untuk sampai ke tahap merotan anak, ada banyak lagi pendekatan yang harus dilakukan.
Kita ambil kira cara didikan anak yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W.:
Memang betul, terdapat satu potongan hadis yang membenarkan perlakuan merotan, walaubagaimanapun, sebagai seorang Muslim, kita juga perlu melihat bagaimana pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dalam mendidik anak. Sekiranya kita berpendapat bahawa apabila kita menjadi seorang muslim, 'adalah perlu untuk kita merotan anak', ianya tidak lain hanyalah mendatangkan persepsi buruk masyarakat dunia terhadap orang Islam. Mereka akan pandang, orang Islam menggunakan kekerasan dalam mendidik anak, tidak ada cara lain. Jadinya pada mereka, Islam hanyalah berkenaan dengan kekerasan. Adakah itu Islam?? Jika kita lihat pada gambar di atas pun, ada banyak tahap pendekatan yang digunakan Rasulullah dalam mendidik anak dan hanyalah sekiranya semua pendekatan gagal, barulah boleh merotan anak. Cara merotan dianjurkan dalam Islam juga sangatlah berbeza dan ringan berbanding apa yang dilakukan oleh kita.
Selain daripada itu, guru di sekolah juga tidak mahu kalah. Mereka juga cukup bangga dengan kuasa merotan pelajar, sebagaimana surat terbuka yang dihantar oleh cikgu XYZ kepada artis yang memberi pendapat mengenai isu ini, mereka juga berasa bertanggungjawab untuk menhukum pelajar dengan merotan mereka. Tanpa merotan pelajar, rasanya tidak sempurna tugas seorang guru itu. Mereka juga berpedapat hanya seorang 'guru' yang 'maksum' sahaja berhak untuk memberi kritikan terhadap isu ini. Orang lain, tiada hak untuk memberi komen apatah lagi apabila dia merupakan seorang artis dan tidak bertudung (dimana logik guru ini).
Walaubagaimanapun, kemungkinan besar, guru ini sendiri tidak faham sebenarnya dia sendiri tidak mempunyai kuasa untuk merotan.
Mengikut Peraturan 5&6 Ordinan Pelajaran 1957:
Berdasarkan peraturan-peraturan ini dapat disimpulkan bahawa sebenarnya kuasa untuk merotan hanya terletak pada Guru Besar. Guru Besar hanya boleh menyerahkan kuasa itu kepada Guru Disiplin ataupun mana-mana guru melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Justeru, seorang guru bukan boleh senang-senang nak merotan pelajar hanya sebab dia tidak menghantar homework. Selain itu, hanya apabila pelajar itu melakukan satu kesalahan besar atau beberapa kesalahan kecil sahaja yang membolehkannya dirotan. Come on lah, cikgu, get your facts straight!
Justeru, apa yang boleh dirumuskan melalui artikel ini ialah, reaksi rakyat Malaysia dalam isu rotan ini cukup menyedihkan. Sama ada ibubapa, guru ataupun sesiapa sahaja, perlulah tahu segala fakta sebelum menghentam sana sini. Kata-kata "masa kecik-kecik dulu, aku kena rotan, sekarang dah jadi orang berguna. Kalau tak kena rotan dulu, tak tahulah jadi apa", tidak boleh menjadi justifikasi untuk membenarkan perlakuan tersebut. Bagaimana kalau saya katakan anda mungkin menjadi orang yang lebih baik dan lebih rasional tanpa rotan. Bagaimana jika saya katakan, ramai lagi rakyat malaysia yang menjadi 'orang' tanpa dirotan masa kecil-kecil. Kalau betul rotan menyelamatkan kanak-kanak itu daripada menjadi jahat dan liar, adakah kanak-kanak di Sweeden semuanya jahat dan liar kerana mereka mengharamkan hukuman rotan terhadap kanak-kanak? Adakah Sweeden dipenuhi pengganas,peromapak dan penyangak sebab rakyatnya tidak pernah dirotan oleh ibubapa mereka?
Akhir kata, banyakkan berfikir, wahai rakyat malaysia and don't be pathetic!