Saturday, 31 January 2015

Boyish Face, Leader and Validation

Baru-baru ni, aku ada baca beberapa forum yang membincangkan topik mengenai "Kebaikan dan Keburukan Lelaki yang Mempunyai Wajah Childish/Boyish/Baby Face." Aku rasa ini merupakan satu topik yang aku boleh relate dan in relation to this topic, it could also be extended to pengalaman dan pemerhatian aku sendiri ke atas seorang ketua atau leader. *agak jauh, but yeah..*

 Elijah Wood (Age 33)

Sebagai seorang lelaki, pujian "handsome" ataupun "kacak" adalah satu pujian yang sering diberikan kepada seorang lelaki yang berupa paras menarik ataupun senang kata, "good-looking". Selain daripada itu, sama seperti kacak dan cantik, pujian "comel" pula diberikan kepada sesuatu yang mempunyai daya tarikan yang lebih halus, dan sedap mata memandang. Jadinya comel ini boleh digunapakai tak kira kepada lelaki, wanita, tua atau muda, haiwan, mahupun benda. Kalau diambil kira dalam slanga melayu moden, ada juga perkataan "jambu" yang diberikan kepada golongan 'lelaki yang ada iras-iras comel'. 

So, kalau tengok gambar diatas, agak-agak mamat tu kacak? ataupun comel dan jambu? Haha.. sorry la, maybe pengaruh daripada sekolah lelaki dulu, rasa topik ini agak menarik untuk dibincangkan. Tapi, kat sini aku taknak lah bincang kebaikan atau keburukan, kalau nak korang google lah sendiri sebab bagi aku ada baik dan ada kurangnya juga.

Ok, taknak pergi jauh. Aku nak cerita pengalaman sendiri pulak:

Dalam sehari, ada banyak benda yang berlaku pada diri kita. Sebagai seorang manusia, pastinya kita tak mampu untuk ingat segala benda yang berlaku cuma bila something big happened and gives you such a big impact, memang kita takkan dapat lupa. 

This thing happened to me long time ago, masa dalam group discussion, aku ambil tempat untuk lead the discussion dan terangkan beberapa perkara dalam pelajaran. Tiba-tiba, sorang daripada budak ni buat muka, then cakap "ishh.. geram aku rasa tengok kau cakap macam ni". Actually, takde apa-apa pun, tapi aku tersentap lah sekejap waktu tu and somehow, that moment triggers the idea to me that, impliedly, we are creating 'kasta' in our own life and it is kinda hard or unacceptable bila someone yang kita anggap lebih rendah daripada kita untuk bagi idea atau menasihati kita atau lebih hebat berbanding kita.


Get the idea? No? Ok, takpe. Kita ambil satu contoh mudah. It is socially acceptable, dalam satu keluarga, kita pastinya akan meletakkan ibu bapa pada kedudukan atas sekali. Betul? Kemudian, dalam kalangan adik-beradik abang atau kakak yang lebih tua ada kuasa yang lebih besar berbanding yang lebih muda. Selain tu, di sekolah ataupun universiti, senior lebih tinggi pangkatnya daripada junior. So, macam mana pula bila kita dengan rakan-rakan sebaya kita yang lain?

Ini just apa yang aku rasa, mungkin betul, mungkin juga salah. Sedar  ataupun tak segolongan daripada kita ataupun mungkin diri kita sendiri ada membuat 'kasta bayangan' in our social life. It is not the same concept as those yang rapat dengan aku duduk tempat tertinggi dan yang tak rapat duduk tempat rendah. No.. Its just another thing. The foundation in creation of 'kasta bayangan' berlainan mengikut setiap individu, mungkin berdasarkan kepandaian, mungkin berdasarkan background keluarga dan mungkin juga berdasarkan rupa dan kematangan.

Ambil ini sebagai contoh, bila adik kita mengajar kita sesuatu perkara yang mudah yang kita tak tahu, somehow, ego kita akan tercalar dan rasa macam, apesal pulak kau nak ajar aku? Aku abang kot, aku yang patut ajar kau. Kau tak patut ajar aku. Take this situation as a general rule and apply it to our own life with our friends, adakah kita rasa, hanya kerana rakan kita tu ada rupa paras kebudak-budakan dia tak layak untuk mengajar kita?

Actually, this is just one example. Sebenarnya ada banyak je lagi situasi yang aku boleh tunjukkan di mana bila seseorang itu ada rupa paras kebudakan secara automatik bagi sesetengah orang yang normal, dia adalah adik. Secara automatik juga dia kena ada character sebagai seorang adik seperti kena dengar cakap kakak dan abang yang lain, sentiasa behave, akan sentiasa dilindungi *sounds so nice right?* but, when it comes to voice... mungkin akan ada sedikit masalah.


How can a baby faced guy be a leader? Orang akan gelak kot. Diorang akan tanya, "is this your leader? He's like 12!" How can a baby faced guy gives an order? Orang tak akan ambil serius sebab, its just like taking an order from your little brother or baby sister. More importantly, how can a baby faced guy be a professional doctor or lawyer or businessman? Percaya ke client kat dia nanti? So, adakah a baby faced guy tak layak untuk buat apa-apa and just always be at the bottom of other people's kasta?

Haha.. Ini bukan luahan perasaan. I don't have that baby faced look; maybe just a little boyish. But, if I do, I think I don't care and there'll always be a way to overcome this situation. The thing is if you have that charismatic value, it won't be a problem at all. Though it might still be a problem to gain 'belief' from others..

So, solution and suggestion:
1. If you are the one with the baby faced look - gain confidence and be charismatic person
2. If you are the normal person whatever your face looked like - give them a chance and belief
Read More

Saturday, 17 January 2015

Oppa... Oppa!!!

Disclaimer 1: this post might contain a lot of judgment. Read at your own risk.
Disclaimer 2: apa yang aku tulis, just pendapat aku sendiri. takde kena mengena yang masih hidup atau yang dah takde. So, please jangan saman or dakwa bawah akta hasutan please. this is just a mere opinion from a member of society.

Photo credit : Marlon Bishop from npr.org

Adakah anda seperti gadis di atas? Jika YA, andakah itu satu perbuatan yang salah? jika TIDAK, apa pula pandangan anda terhadap mereka seperti di atas? Patut dikeji, dicaci atau direjam? *macam mana? mantap x opening gua? haha*

This past few weeks, banyak yang kita baca di laman-laman sosial berkenaan isu gadis melayu peluk lelaki kpop. Haha.. sumpah aku rasa headline ni sendiri dah kelakar. Sejak bila Lelaki KPOP menjadi satu kata nama? Ada pulak tajuk, bla bla bla.... dipeluk KPOP.... Pulak dah. apa itu Kpop? macam mana Kpop boleh memeluk? Setahu akau 'Kpop' tu is just a word to describe pop music brought by Korean singer and bands. So, ladies and gentleman get your facts straight first.

Anyway, sepanjang minggu ni jugak, ramai orang yang berkongsi pendapat mereka berkenaan isu ini. Ada yang gila-gila menghentam gadis-gadis tersebut termasuklah artis dari Korea; and makes them look bad in the eyes of the society. "KPOP patut di banned!" "KPOP haram" KPOP agenda Kristian!" and so many other things. In a way, kita boleh rasa macam, mungkin inilah pengakhirannya bagi ke-maharajalela-an peminat fanatik kpop di Malaysia. Rata-ratanya menghentam mereka di facebook, twitter, instagram dan sebaginya. "Baik takpayah pakai tudung!" "takde maruah" and so on...

Ada jugak yang membela golongan sebegini, "Allah izikan mereka untuk ke sana dan Allah izinkan mereka untuk berada di atas pentas". *facepalm* Tanya je la, sesiapa pun, semua mesti tahu cerita pasal peluk lelaki Kpop ni. Dari makcik jual sayur tepi jalan, sampailah ke menteri-menteri. Semua sibuk nak bagi pendapat masing-masing. Ada yang salahkan gadis melayu, ada yang salahkan penganjur, ada yang salahkan itu dan ini.

When this news came up, and by looking at the reaction gave my Malaysian society, it gets me thinking that, mungkin kita tak ada banyak isu yang boleh dibincangkan di negara ini, sampaikan satu isu yang remeh pun punyalah dibesar-besarkan. Adakah kita terlalu aman? Pada masa mereka di Perancis sibuk dengan ancaman pengganas, sedang pada mereka di Ukraine dengan masalah pemberontakan, di Indonesia dengan pesawat Air Asia QZ8501, di Palestin dengan masalah ancaman Israel yang berpanjangan, kita di Malaysia sibuk dengan perempuan melayu peluk mamat kpop. Can you see the difference and believe it??

Thats it for me. I think we are being just over react on such a small issue. You see, pada masa yang sama di negara kita ini, kita masih lagi mengalami masalah banjir. Yes, perempuan melayu peluk lelaki kpop is an issue about religion and faith and it is important to be discussed but the way it is being discussed is wrong. Totally wrong. Tak perlu rasanya sampai ke tahap mencaci, menghina dan sebagainya. Sama juga macam kes Kiki dulu, punyalah heboh satu Malaysia cerita tu sampai berminggu. Then, at last takde apa pun.

See, Malaysian, we are really over react. Those yang komen menghentam itu ini mungkin tak rasa apa sangat sebab they are not affected by Kpop or anything but cuba bayangkan penerimaan masyarakat dunia terhadap layanan Malaysia terhadap orang yang masuk ke sini? Dituduh "molesting" padahal bagi mereka itu hanya sekadar pelukan. Kalau ada yang tengok video tu pun mereka nampak seakan takut dan malu untuk berbuat demikian. Bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak cuma, my concern is, nama baik negara.

Rasa geram pulak bila sekarang masyarakat dunia memandang kita sebagai 'orang yang kolot'. Yes, they might not be Muslim and they don't understand our religion and faith. Tapi, kita jugak salah bila memperbesarkan isu ini. Cuba kalau kita rileks2 je, setel baik2, diam2.. rasanya benda still boleh setel tanpa perlu jadi bahan cacian masyarakat dunia pula.

Ok.. until then. Cheers!!
Read More