Sempena ada filem baru keluar hari ni, KLIP 3GP tergerak pula hati rasanya nak menulis mengenai filem-filem di Malaysia. Tengok sahajalah poster-poster filem di atas. Persamaannya, pengarah dan pelakon boleh dikatakan hampir kesemuanya melayu dan Islam. Kasihannya, pemahaman agama mereka mungkin tidak cukup untuk menghalang mereka daripada menghasilkan karya yang mampu menggugat keimanan rakan se-Islam mereka yang lain.
Malam semalam, saya menonton rancangan 360 di TV3. Episod berkenaan mengisarkan tentang - menjadi mangsa rakaman telefon bimbit. Cukup baik ayat yang digunakan dalam menyokong penghasilan filem KLIP 3GP ini. Mulanya, ditayangkan kisah-kisah mereka yang menjadi mangsa, ditambah dengan fakta dan nasihat dari sumber yang berwibawa. Kemudian disogokkan dengan persoalan sebenar kenapa filem ini dihasilkan. Memang sungguh bijak penggunaan taktik dan bahasa yang digunakan. Mungkin apa yang saya katakan ini amat kasar bagi sesetengah pihak namun itulah dari sudut pandangan saya.
Bukan semata-mata bercakap kosong, lihat statistik di bawah:
*statistik kes pembuangan bayi di Malaysia. Sumber : PDRM
Pada pandangan anda, apakah punca utama permasalahan ini? Bagi saya media. Saya juga masih remaja, oleh yang sedemikian saya memahami naluri remaja generasi Y ini. Media memainkan peranan yang besar dalam kehidupan remaja dan manusia keseluruhannya. Di situlah tempatnya untuk kita belajar sesuatu yang baru. Remaja memang suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau dalam filem tu, mesejnya sesuci mana sekalipun, remaja tetap mahu mencuba sesuatu yang baru memandangkan golongan seperti kami kurang pengalaman dalam hidup dan sebilangan daripada kami mempunyai masalah dalam pelajaran, masalah dengan keluarga dan sebagainya. Buktinya, mesej dalam filem-filem sebegini tak sampai malahan statistik pembuangan bayi dan gejala sosial yang meningkat.
Pada pendapat saya sudah sampai masanya untuk kita bertukar gaya penghasilan filem. Gaya filem kita sekarang jelas seakan meniru gaya barat. Tetapi, kenapa filem barat yang tidak elok ditiru sedangkan banyak lagi filem barat yang tidak mempunyai adegan sebegitu boleh ditiru.
*lihat sahaja contoh filem-filem di atas ini, tiada pun adegan lucah, tidak perlu pun adegan ghairah. Impak mesej yang disampaikan kepada penonton cukup hebat. Hanya dengan adanya jalan cerita yang baik dan menonjolkan kebijaksanaan pengarah. Dan mungkin yang paling penting sekali, mereka menjaga etika hidup sebagai manusia yang bertamadun dalam karya mereka.
Seribu keampunan saya panjatkan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan post ini. Sekiranya anda berasa tidak selesa, komen dan saya akan segera padamkan post ini. Cuma apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, media mempunyai kuasa yang amat besar dalam kehidupan setiap manusia. Sebagai contoh, salah satu sebab Amerika mampu menguasai dunia adalah kerana mereka menguasai media dunia. Seluruh dunia melihat fesyen mereka. Seluruh dunia melihat gaya mereka. Ini secara tidak langsung merupakan salah satu cara dakyah disampaikan. Oleh yang sedemikian, sebagai seorang yang memegang nama sebagai Islam, sedarlah tanggungjawab anda. ..
Sekian, wassalam...